Wednesday, 27 July 2016

SEJAGAT GLOBAL PENCETUS USAHAWAN MUDA BERNIAGA SECARA ONLINE

 

JIKA sebut pasal produk kecantikan dan kesihatan, wanitalah paling berminat mendapatkannya. Itu belum lagi jika kita melihat lahirnya usahawan wanita dalam bidang ini yang tumbuh seperti cendawan.
Namun sebaik menjejakkan kaki ke pejabat Sejagat Global yang terletak di Pusat Perniagaan Sungai Lias, Sungai Besar, Selangor, ahli perniagaan yang sinonim dengan produk penjagaan dalaman wanita ini ialah seorang lelaki.


Terdetik juga perasaan hairan mengapa dia meminati bidang itu. Pengasas Sejagat Global Sdn. Bhd, Mohd Zahid Mohd Zaki, 26 memberitahu, dia ingin memecah tradisi dengan pembabitannya secara serius dalam bidang keusahawanan yang dikuasai golongan wanita.


Lelaki ini tidak kekok, malah selesa bercerita mengenai produk kesihatan dan penjagaan kecantikan wanita.
"Saya akui pembabitan lelaki dalam perniagaan yang dikuasai wanita, terutama perniagaan berasaskan penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita seperti produk pelangsing sangat terhad.


"Bagi saya, lelaki lebih memahami keperluan wanita. Apa yang penting, sesiapa pun jua yang bergelar usahawan, mereka perlukan kesungguhan dan kebijaksanaan supaya pelanggan yang biasanya wanita faham apa yang kita ingin sampaikan mengenai sesuatu produk," katanya.

Potensi


Ditanya mengenai minatnya di dalam perniagaan, Mohd Zahid memberitahu, pada awalnya, dia hanya melibatkan diri secara sambilan dan bermula daripada bawah sebagai agen produk jenama lain.


Setelah melihat produk yang dijualnya mempunyai potensi, Mohd Zahid bertekad membuka yang tersendiri iaitu Legacy Secret Sdn Bhd yang pernah mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminat produk jamu melalui produknya Harum Malam. Setelah hampir 5 tahun berada di dalam dunia kecantikan, Encik Mohd Zahid membuka sebuah lagi syarikat baru iaitu Sejagat Global Resources bersama rakan kongsi beliau, Encik Abdullah Saleh bin Zubir. Sejagat Global Resources dilahirkan dengan asas untuk membantu usahawan-usahawan muda lain di seluruh Malaysia yang ingin membuat perniagaan sendiri namun tidak mempunyai modal yang besar.


"Idea ini saya cetuskan dan saya dibantu lebih kurang 30 rakan lain yang sama-sama berniaga didalam perniagaan online ini pada tahun 2014 yang lalu, sekaligus dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan ini. Alhamdulillah, tidak sampai setahun kami bertapak sebagai pengusaha produk kecantikan, kami sudahpun berjaya mencapai sasaran jualan yang membanggakan. Sehingga ke hari ini, syarikat kami mengeluarkan hampir 30 produk dan kebanyakannya adalah untuk wanita. Produk yang paling mendapat sambutan ialah Glutacaps khusus untuk mencerahkan kulit," katanya.


Pada pertengahan tahun 2015, Sejagat Global Resources sudah pun mempunyai 9 cawangan di seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Sabah Sarawak. Jumlah ahli rakan niaga Sejagat Global pula sudahpun mencecah 300 orang ahli sehingga Jun 2016.


Mohd Zahid dan rakan-rakannya berjaya menjalankan perniagaan online untuk tiga tahun pertama dan pada tahun ini mereka membuat keputusan menjalankan perniagaan offline. Pun begitu, pada masa yang sama, mereka akan melancarkan sistem dropship bermula Jun ini dengan modal serendah RM200.


"Kami ingin membantu mereka yang tidak mempunyai modal yang tinggi tetapi mahu berniaga seperti suri rumah, pelajar atau mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan.


"Kami akan memberi tunjuk ajar termasuk menyediakan laman web mereka sendiri. Di Sejagat Global juga kami mengajar bagaimana caranya kami berniaga secara online dan mengajar bagaimana caranaya kami memulakan sesuatau perniagaan.


Untuk pengetahuan, setakat ini syarikat kami berjaya melahirkan 10 usahawan lain dengan produk mereka sendiri. Ada antara mereka yang sudah pun bergelar jutawan. Bagi orang ramai yang berminat untuk menjadi rakan ahli Sejagat Global Resources, boleh menghantar emel kepada kami di info@sejagatglobal.com atau menghubungi 019-570 7769 / 011-3502 7570," jelasnya.



Pengasas SEJAGAT GLOBAL ini sangat optimis di dalam perniagaan.



Kualiti

Berkongsi petua pengurusan masa, Mohd Zahid berkata, tentu sekali pada usia muda ini, hampir keseluruhan masanya adalah untuk kerjaya. Pun begitu, dia berasa bertuah kerana urusan pejabat banyak dibantu oleh rakan-rakannya dan pekerja yang berpengalaman.

Ditanya rahsia kejayaan produk keluaran syarikatnya, Mohd Zahid sangat mementingkan kualiti.
Misalnya, suplemen kecantikkan, GLUTACAPS ternyata terbukti berkesan apabila mendapat maklum balas yang positif daripada testimoni-testimoni produk ini. Selain itu, kami juga mempunyai produk lain seperti GARCINA HERBAL, EYE CARE, KILO UP, SMART GEL, H-FOCUS, RX DARA, MOLEEK SKIN CARE, dan sebagainya.

Menurut Mohd Zahid, syarikatnya akan melakukan penyelidikan sebelum sesuatu produk dipasarkan.
"Walaupun wujudnya persaingan dengan produk pelangsing syarikat lain, kami yakin produk ini akan mendapat sambutan.

"Kami juga merancang untuk mempunyai kilang sendiri. Pun begitu kami memantau setiap proses hingga ke peringkat pembungkusan mengikut amalan pengeluaran baik atau Good Manufacturing Practice (GMP) iaitu piawaian khusus produk bertaraf antarabangsa," ujarnya.


Majlis Dan Anjuran Seminar Sejagat Global