SEJAGAT GLOBAL RESOURCES
APA TU SEJAGAT GLOBAL?
Sejagat Global Resources (002414206K) adalah sebuah Syarikat milik penuh Bumiputera yang mengeluarkan serta memasarkan pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba serta kosmetik tradisional dan moden yang telah menembusi pasaran setempat dan antarabangsa.
Untuk pengetahuan umum, syarikat Sejagat Global Resources ini yang dulunya dikenali sebagai Legacy Secret Sdn Bhd (1059570-U). Pertukaran ini dibuat adalah disebabkan syarikat didalam usaha untuk rebranding jenama produk dan syarikat serta membuat penambahbaikan juga pengstukturan semula syarikat. Walaubagaimanapun, syarikat masih diterajui oleh pemilik yang sama iaitu Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Zaki yang mempunyai lebih lima tahun pengalaman dalam bidang masalah dalaman wanita, supplemen makanan tambahan juga minuman, serta makanan kesihatan, dan juga herba tradisional dan moden.
Dengan lebih 300 agen diseluruh Malaysia, Sejagat Global Resources telah berkembang maju dengan pengeluaran pelbagai jenis produk kesihatan serta menawarkan konsep 3P iaitu Pemborong, Pengedar, dan Peruncit. Konsep ini menawarkan harga yang berbeza untuk setiap kategori pembelian seperti pemborong dan pengedar, manakala pengguna pula diberi potongan harga yang sangat istimewa.
Sejagat Global Resources juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk berniaga produk dengan modal yang sangat rendah serta mudah dijual antara produk yang mendapat sambutan hangat termasuklah Glutacaps,Garcinia, Umma lacto, Eye’s Care, Kilo Up, Moleek Skin Care, Smart Gel dan sebagainya.
Kesemua produk tersebut merupakan produk kecantikkan dan makanan kesihatan untuk wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan selain untuk mereka yang menghadapi masalah dalaman dan luaran. Sehingga kini sambutan yang diterima dari dalam negara adalah sangat menggalakkan malah terdapat juga permintaan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei yang menunjukkan minat terhadap produk Sejagat Global Resources
No comments:
Post a Comment